Monday, October 29, 2012

Kerana Dia

pernah terfikir macammana anda boleh berada di tempat yang anda berada sekarang?
Dengan izinNya,
you are the result of your own doings, thoughts and effort. Not forgetting, passion and desire.
kadang-kadang kita tidak sedar akan usaha yang kita lakukan selama hidup.
itu namanya keikhlasan.
Apa yang kita dapat dan kita berasa gembira selama-lamanya kerana mempunyai sesuatu itu, merupakan anugerah dariNya. Sesuatu yang kita perlukan. Hak. Kerana siapa? Kerana Dia juga.
Jangan menjadi penat kerana mencari yang kau mahu.
Kerana lambat laun kau akan sedar akan apa yang kau perlu.
Dan bila waktu itu tiba, kau sudah punyai sesuatu itu.

Kerana Dia maha penyayang, pemurah, lagi maha adil.

Wednesday, October 24, 2012

Takut is messy

Takut pada sesuatu bukan bermakna engkau tak akan buat perkara itu. Takut adalah rasa. Rama-rama didalam perut. Perut berkocak. Muka pucat. Bulu roma meremang. Sejuk. Takut. Bahaya katanya. Penat dengan berasa takut. Apa kata kau lakukan sahaja perkara yang kau takut itu daripada kau terus risau? Kenapa kau layan si 'risau' itu? Lakukan sahaja.

Sekarang cuba kau gantikan setiap perkataan takut di ayat-ayat sebelum dengan perkataan 'cinta'.
Go for it.

Thursday, August 30, 2012

hakal

Hati dan akal ni kita kena jaga baik-baik. You don't easily mess with them.
Tersilap langkah sikit je padah.
Hati. Senang jatuh, senang suka, senang benci. Tak tetap pendirian.
Akal pula. Ada pendiriannya tersendiri. Degil. Kena pandai guna.
Yang penting, hati dan akal kena bersama.
Keduanya berlainan personaliti, tetapi saling melengkapi.

A perfect couple.
Baru boleh jadi insan.

ubat

Kalau sakit makan ubat.
Baru boleh hilangkan teriak.
Ubat pula kena jumpa doktor baru boleh dapat. Usaha sikit. Gagahkan diri pergi klinik. Sedar sikit. Nak minta ubat ni. Sebab apa? Sebab nak sihat.
Jangan belek-belek bekas yang penuh dengan ubat lama tu. Elok lagi ke?
Ubat boleh berubah jadi racun tahu?
Sebab tak habis. Terbiar lama.
Ubat ni, tak boleh makan sembarangan.
Masa sihat, elakkan daripada jatuh sakit. Makan vitamin.

Nampak tak permainan kehidupan di situ?

Friday, August 10, 2012

Rasa

Dalam hati ada rasa.
Dalam rasa ada gembira. 
Dalam rasa ada duka. 
Dalam rasa ada amarah,
dalam amarah ada cinta. 
Dalam rasa ada benci. 
Dalam benci tersembunyi cinta. 

Tak usah benci jikalau tak mahu cinta. Takut untuk cinta. Jangan cinta. 

ashuna

hello. assalamualaikum. Saya Izyanhusna, Cuna, Shuna, Ashuna, Yen. This is me. Rebooting. Start anew.
Salam Ramadhan. Look out! Raya dah dekat.

Tuesday, January 3, 2012

pelakon

anda, perempuan2 yang pandai berlakon
anda, lelaki, pelakon
anda pun, yang seksi, pelakon
anda pun yang pakai tudung, pelakon,
anda yang kaya, pelakon
anda yang miskin, pelakon.
anda yang pendiam, pelakon,
anda, yang banyak mulut, pelakon.
dan yang lain lain, pelakon juga
anda semua pelakon.

aku juga, pelakon.

kita semua pelakon. di dunia yang penuh dengan orang suka meminta-minta.