Tuesday, December 31, 2013

Hashtag2013

Mari ucapkan selamat tinggal kepada 2013 dan selamat datang 2014. And yes, 2013 adalah tahun hashtag. #Selamat #tahun #baru #2014 #banyakhashtagbaruhip #akutakreti #annoying #ke #idaaak #takecare #new #year #love ah letih aku cenggini. 

Apa-apapun, mari doakan bukan untuk tahun yang lebih baik, tetapi doalah untuk diri yang lebih baik. 

#flying #kiss #bengong #sempatlagi #kakakaka

Thursday, December 12, 2013

Sedar

Dalam tak sedar, aku sebenarnya banyak berdosa dengan diri.
Sebagai contoh, aku berdosa sebab berjanji nak menulis balik tapi aku tak menulis balik.
Aku punya cita-cita. Salah satunya nak jadi penulis, penulis yang ikut suka mak bapak kau je bila masa nak tulis. Itu lah aku, tak punya disiplin.

Aku kecewa dengan diri sendiri.
Aku berani berangan-angan.
Hangat tahi ayam semata-mata.
Aku kecewa.

Semalam aku imbau kembali kenangan siswa aku.
Aku kecewa dengan keadaan hidup aku sekarang.
Langsung tak berwarna, mahu pun hitam atau putih. Kosong.
Aku punya seribu impian, kecewa.


Aku rindu zaman kebuluran seorang siswa, tetapi tetap gagah.
Aku rindu zaman kemiskinan seorang siswa, tetapi tetap kaya hidupnya.
Aku rindu zaman segala salah faham yang berlaku, tetapi tetap bersama.
Aku rindu dengan segala kebahagiaan yang dicapai penuh keikhlasan,
Aku rindu segala kesusahan, tetapi tetap ditempuhi.

Sekarang,
Aku punya duit, yang langsung tak beri keseronokan yang tulus.
Aku punya kerja, masa aku terisi, tak ada bahagia.
Salah faham? Tiada. Bahagia? Jauh.

Namun aku yakin ini hanyalah satu jambatan yang kejam likunya untuk aku, kau, kau, kita sampai ke sana. Ya, sana. Apa yang ada di sana? Eh, mana lah aku tahu. 

Sunday, July 28, 2013

Sungguh

Sungguh pun bercita-cita ingin menulis. Sekurang-kurangnya kembali menulis di sini. Sungguh.

Sungguh teringin menulis " Jaga-jaga aku nak buat comeback ni," Sungguh pun. Tapi...sedar diri. hahah.








p/s: rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucap; Salam Ramadhan.

Monday, October 29, 2012

Kerana Dia

pernah terfikir macammana anda boleh berada di tempat yang anda berada sekarang?
Dengan izinNya,
you are the result of your own doings, thoughts and effort. Not forgetting, passion and desire.
kadang-kadang kita tidak sedar akan usaha yang kita lakukan selama hidup.
itu namanya keikhlasan.
Apa yang kita dapat dan kita berasa gembira selama-lamanya kerana mempunyai sesuatu itu, merupakan anugerah dariNya. Sesuatu yang kita perlukan. Hak. Kerana siapa? Kerana Dia juga.
Jangan menjadi penat kerana mencari yang kau mahu.
Kerana lambat laun kau akan sedar akan apa yang kau perlu.
Dan bila waktu itu tiba, kau sudah punyai sesuatu itu.

Kerana Dia maha penyayang, pemurah, lagi maha adil.

Wednesday, October 24, 2012

Takut is messy

Takut pada sesuatu bukan bermakna engkau tak akan buat perkara itu. Takut adalah rasa. Rama-rama didalam perut. Perut berkocak. Muka pucat. Bulu roma meremang. Sejuk. Takut. Bahaya katanya. Penat dengan berasa takut. Apa kata kau lakukan sahaja perkara yang kau takut itu daripada kau terus risau? Kenapa kau layan si 'risau' itu? Lakukan sahaja.

Sekarang cuba kau gantikan setiap perkataan takut di ayat-ayat sebelum dengan perkataan 'cinta'.
Go for it.